Breaking
Loading...
Powered by Blogger.
Recent Posts

Bubur Lambuk



Bubur lambuk, 
bubur yang sangat sinonim dengan bulan Ramadhan, 
masuk je bulan puasa, 
maka berpusu-pusu peniaga bubur lambuk di sekitar bazar Ramadhan,

Selain dijual di bazar, bubur nie juga banyak diagih secara percuma di kebanyakan masjid,
Untuk bulan puasa kali nie, mat jo dah makan 3 kali (kesemua bubur ambil dari agihan masjid, he),
dari segi rasa, boleh tahan la

setiap kali mat jo makan bubur nie, 
teringat masa mat jo mencuba kali pertama bubur nie,
mula-mula dulu rasa nak tak nak je makan bubur nir,
ak maklum la, sekali tengok, 
macam-macam ada dalam bubur tu,
ada juga terfikir,
nie bubur nie,
orang yang tak pandai masak ke yang buat,
macam bahan-bahan tu main humban je dalam periuk, he

tapi disebabkan rasa ingin tahu rasa bubur tu,
mat jo cuba juga,
alhamdulillah,
tekak mat jo boleh terima,
ada juga orang yang tak boleh makan bubur lambuk
disebabkan macam-macam bahan ada

tapi itu yang menjadi keunikan bubur lambuk,
kalau korang macam mana,
pengalaman makan bubur lambuk untuk pertama kali, he


Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis


Siri Bercakap Dengan Jin

Siapa tahu novel seram nie, tak silap Mat Jo popular pada era 80an lagi. Abang Mat Jo minat buku nie dan dia ada beberapa koleksi novel nie.

SBDJ (singkatan untuk Siri Bercakap Dengan Jin) ditulis oleh Tamar Jalis atau nama sebenar beliau ialah Encik Ahmad Mahmud. Novel bergenre seram ini telah mencetus fenonema dalam industri majalah. Disebabkan populariti novel ini, majalah kecil Variasari (SBDJ diterbitkan dalam majalah ini) dicetak sehingga 120, 000 naskhah sebulan.

Banyak tu 120, 000 naskhah sebulan kalau diikutkan pada era 80an.

Walaupun novel seram ini sangat popular, namun tiada seorang pun pernah melihat muka sebenar penulis novel ini. Setelah 30 tahun, Encik Ahmad Mahmud menyepi diri, akhirnya dia muncul di khalayak ramai.Beliau berasal dari Beruas, Perak dan mempunyai seorang isteri yang bernama Maznah Mohd Isa.



Macam mana wujudnya idea untuk menulis novel ini. Menurut penulis SBDJ, hampir 60% cerita dalam SBDJ adalah benar dan merupakan pengalaman penulis sendiri. Penulis mempunyai seorang datuk, Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah dimana mempunyai kepakaran sebagai seorang pengamal perubatan tradisional. Jadi diusia kanak-kanak hingga la remaja, penulis selalu berdamping dengan datuknya. Beliau selalu mengikut datuknya pergi merawat orang sakit khususnya gangguan makhluk halus. Pengalaman beliau mendengar dan melihat orang kena rasuk mencetus idea untuk menghasilkan sebuah novel bergenre seram,

Kenapa Mat Jo mengungkit pasal SBDJ,

saje je, he

Disebabkan abang Mat Jo minat novel nie, dia suruh Mat Jo cari versi e-book punya. Alhamdulillah, Mat Jo jumpa dan telah mendownloadnya. Kalau korang nak, nanti Mat Jo upload untuk korang.

Jom kita baca SBDJ bersama-sama, tapi baca sekadar hiburan sahaja jangan terlampau mempercayainye ye, he








Fenomena Minion






Minion????
Apa tu Minion, minion boleh dikelasi kepada pengikut yang sangat setia pada tuan tanpa rasa penat lelah. Jadi makhluk kuning nie minion dalam cerita Despicable Me dan Despicable Me 2. Bagi yang sesiapa pernah tengok cerita tu mesti kelakar kan. Mat Jo xpernah tengok lagi, tapi tengok "trailer" macam kelakar je, he

Mat Jo menulis entri kali bukan nak cerita pasal Despicable Me, tapi nak bercakap pasal fenomena mainan Minion yang ditawarkan oleh restoran makanan segera, Mcdonald. Riuh pada minggu pasal mainan nie, sampai Mat Jo dengar sampai ada seorang mak cik nie, mengamuk kat McD, sebab apa,  

MINION DAH HABIS!!!





Pada mula nya, Mat Jo tak percaya sangat, ape hal nie, pasal mainan pun nak mengamuk (padahal dah tengok video mak cik mengamuk kat forum, he).

Tapi!!!

Semalam merungkai segala-galanya, semalam Mat Jo keluar dengan member pergi moreh selepas terawih. Jadi kebetulan semasa Mat Jo balik, Mat Jo melalui jalan dimana ada Mcd berpangkalan di situ. Macam tak percaya, ape hal ramai gila orang beratur, tak Mcd nak bagi Bubur Lambok pula, he. Lepas tu terfikir jap, 

haaaaaaaaa

Mainan MINION!!!

Memang betul la fenomena Minion berlaku di Malaysia, harap-harap tiada rusuhan sebab minion kekurang stok, he

Apa-apa pun, jom layan pemenang Mcd Idol ke 2013, he




Disqus Vs IntenseDebate




Disqus dan IntenseDebate, dua nama yang tidak asing lagi dalam applikasi komen untuk blogger,wordpress mahupun website. Kedua-duanya antara applikasi komen paling banyak dipakai oleh blogger.

Kenapa Mat Jo tiba-tiba sentuh pasal topik nie??

Haaaa, sebab Mat Jo sedang mencari applikasi komen terbaik untuk diletak di blog santai Mat Jo. Tujuannya, memudahkan kawan-kawan blogger Mat Jo untuk mengomen habis-habisan di blog Mat Jo, he.

Jadi bermula la pengembaraan Mat Jo mencari applikasi komen. Kalau korang perasan, blog Mat Jo hari nie pelik cikit terutama bahagian komen-mengomen. Bukan apa, siang tadi, Mat Jo tengah "try and error" setiap applikasi komen.

Macam banyak je Mat Jo cuba, aish,
jangan terpedaya, Mat Jo cuba dua je, disqus dengan intensedebate. Tu pun selepas Mat Jo baca ulasan geng-geng mat salleh pasal applikasi nie.

Tidak dinafikan dua-dua applikasi ada kelebihan dan kelemahan. Meh Mat Jo ulas sedikit pasal dua applikasi nie selepas bertapa dekat blog mat salleh.


Kelebihan
  • Mempunyai banyak pilihan ID untuk mengomen. Korang boleh mengomen guna ID google ke Facebook ke Twitter dan banyak lagi, ataupun nak jadi seseorang yang misteri muncul untuk mengomen.
  • Grafik nampak ringkas dan jelas.
  • Terdapat kemudahan dimana terdapat ringkasan tentang apa aktiviti dan kenapa ramai orang menyertai perbincangan tersebut, jadi kita yang tak tahu pe-pe boleh baca ringkasan tu dan sertai mengomen.
  • Applikasi masih praktikal kalau menggunakan internet kat telefon pintar korang. Bak kata orang, tulis status baru dekat FB, tut tut "by mobile"
  • Popular di kalangan pemilik laman web, jadi orang macam kita, ada blog je, boleh tumpang femes pakai appikasi sama, he
 Keburukan
  • "Layout" Disqus tidak boleh diedit seperti Intense Debate, tidak boleh menambahbaik "layout" Disqus mengikut selera hati
  • Masa diambil untuk mengedit CSS untuk Disqus lama.
  • Kekurangan di segi Bantuan teknikal, kekurangan informasi mengenai pengetahuan asas terutama bahagian Bantuan CSS.





Kelebihan
 

  •  Sistem mengomen yang telah dinaiktaraf dimana seseorang boleh terus mengomen secara terus komen orang dan pemilik blog akan dapat peringatan melalui emel mengenai komen baru dan sebagainya (disqus pun ada sistem camni). Boleh letak emo dan cek tatabahasa (chewah)
  • Pemilik blog boleh tapis komen dengan menggunakan sistem "auto-filter" melalui kata-kata tertentu (keyword la). Boleh guna senarai hitam penggomen (sesuai untuk lelaki/perempuan untuk memblok pengomen yang asyik tanya nombor H/P je, he) atau senarai hitam komen mengandungi kata-kata terlarang ( macam dah set dah kat sistem, perkataan Mat Jo kacak tidak boleh, jadi mana-mana komen ada perkataan itu, automatik kena delete)
  • Ada butang untuk berkongsi entri dengan Facebook dan kroni-kroninya
  • Ada "CommentLuv", boleh tau entri terbaru si pengomen.
  
Keburukan

  • Tidak sesuai untuk kaki SEO, applikasi ini menggunakan sistem Javascript (sistem akan menggurangkan fungsi SEO)
  • Komen dari pengomen akan bersembunyi selagi korang tak klik pada "replies"
  • Gangguan "Bug" menyebabkan tiada notis untuk komen terbaru walaupun jarang-jarang berlaku


Jadi Mat Jo nak tanya pendapat korang, mana lagi bes sebab info yang Mat Jo tulis nie hasil mentelaah laman web mat salleh bukan dari pengalaman sendiri. Bagi sesiapa yang dah pakai applikasi nie boleh la berkongsi dengan Mat Jo kelebihan dan keburukan applikasi nie. 

Mat Jo menunggu pendapat korang!!!!, he

P/s: Buat masa sekarang, Mat Jo pakai Disqus, nak cuba pakai IntenseDebate tak kuar kat blog (maklum lah, budak mentah dalam html, he)


 





Jumpa kucing menguap

Mat Jo ada jumpa satu video nie, video pasal kucing menguap, kalau tengok video mungkin korang semua akan rasa lawak. Cuma persoalan Mat Jo la, kalau la, Mat Jo ulang lagi sekali, kalau la kucing camni betul-betul ada dalam dunia realiti kita. 

Mat Jo ada terfikir, apa reaksi kita apabila kita jumpa kucing camni. Mungkin terkejut, tak berkata apa-apa atau sebaliknya, berasa teruja. Dalam kotak pemikiran Mat Jo, ada termain beberapa reaksi yang mungkin terjadi jika jumpa kucing macam nie

Situasi untuk Golongan 1 ( Bagi sesiapa yang gemar kucing macam Mat Jo)


  • Terkejut untuk beberapa saat dan pergi tangkap kucing tu
  • Pandang kucing tu lama-lama untuk dengar kali kedua kucing menguap "bernada" (untuk kepastian)
  • Ataupun panggil kucing ke mari dan ambil bawa balik ke rumah (kalau dah ada pemilik, jangan la pula kebas kucing tu, kesian pemilik dia)
Situasi untuk Golongan 2 ( Bagi sesiapa yang takut kucing )
  • Terkejut dan terus pengsan
  • Tak sempat kucing nak menguap, dah cabut dah (nie memang takut bebenor dengan kucing nie, he)
Nie senarai situasi yang bermain di fikiran Mat Jo, reaksi korang pula macam mane. Apa kata korang tengok dulu, baru korang kongsi dengan Mat Jo, he



Haaaaaa, macam mana reaksi korang, meh kongsi meh, he

P/s : sememangnya kucing merupakan salah satu makhluk yang comel, manja dan pelbagai lagi dan Mat Jo memang sangat suka dekat spesies nie, he (jangan marah ye, geng anti-kucing)

 
Copyright © 2013. Jom Bersantai - All Rights Reserved